3.5.17

Holla

assallammualaikum readers and stalkers!
lama tak jenguk blog sendiri. hahaha. its been a year plus plus.
kesian dia berhabuk. *konon*
so, hows life now huh?
im doing my practical right now.
theres a month left for practical and i'll be busy with my thesis LOL. 
what else? Haa. Perry dah beranak wei.
she have 4 cute babies!
and im still waiting for Pixie to deliver soon.
hopefully she will have a safe pregnancy. Aamin.
I think i never updated about my cats in this blog.
sokay, i will put their picture as many as I can.
make sure u jgn gigit ur screen tau.
haha.
i think thats all for now. will update more later.
Bye. xoxo 




12.4.16

Saja nak cerita

Saja nak post gambaq kawen. Tak suka tak payah stalk oka! Hihi.

Ramai duk tanya macam mana kenal macam mana bleh tiba2 nak kahwin macam mana itu ini. 
Penat nak jawab banyak kali.
Sorry le lambat update kat sini. 
Selalu update kt IG and FB ajee.
So, i kopipes jelah ye? Hehe.








Alhamdullillah sekali lafaz je. 3 bulan kenal, terus ajak kahwin. So kahwin jelah. Kenal kat wechat plak tu 😂😂 Jodoh kat mana mana pun boleh jumpa. Semua terkejut iolls kawen kan. Punya lama single tetiba kawen. Haha. Disebabkan semuanya last minit, Buat kecik2 jea, pun rasa meriah sangat. Jd meriah sgt sbb byk benda orang sponsor .Alhamdullillah. Thanks pada semua yg hadir and tolong kami menjayakan majlis ni.


Sekarang ni kecoh pasal kisah rumah tangga kan. Hantaran tinggi la hantaran tak cukup la. Haha. Macam2. Korang yg nk cari isteri tu cari lah yg betul2. Yang boleh taat, setia and pandai urus hal rumah tangga. Perempuan zaman sekarang ak tengok, demand kemain. Kalau diri tu bagus sangat takpe. Belajar pun bukan pandai sangat. Rupa pun so so je. Malas dia nauzubillah. Diri sendiri pun tak tak terjaga tapi kabut nak kahwin demand hantaran tinggi2. Bukan apa. Kesian dekat lelaki yg betul2 ikhlas nak kahwin, tapi adat menyusahkan semua urusan. Perempuan, nak hantaran tinggi2, tengok diri tu dulu okay. Buat naya je lelaki kumpul duit bertahun tapi lepas kahwin tak reti nak urus hal rumah tangga. Hoho. Tp kaum lelaki jangan tahu nak kahwin aje bila perempuan tak demand hantaran tinggi. Pastikan diri tu dah betul2 ready boleh bimbing anak orang dulu. Apa pun, utamakan yang wajib dulu. Hantaran tinggi2 bukan berkat sgt pun. Nak2 yg kahwin pakai loan. Sebab dah menghalalkan yang haram. Loan kan ada riba. Aku dengan suami? Simple. Dulu siapa tanya pasal hantaran aku, aku jawab berapa yang mampu je. Kahwin dgn suami, simple sgt. Hantaran cuma al quran, telekung, sejadah. Mas kahwin RM80. Dengan sebentuk cincin. Baju kahwin? Makcik i sponsor. 1 sen tak keluar. Baju melayu masa akad nikah je beli tu pun masa offer kat jakel. Kenduri? Jemput family and kawan rapat, jiran2. Dua kemah aje. Masak sendiri. Pelamin just untuk tangkap gambar, DIY ye. Photographer takde. Kompang ka silat ka pun takde. Dj pun takde. Takde der nk pasang2 lagu. Simple jea. Tp kawan cakap aku kahwin nampak grand. Haha. Love you sayang@rfizie_







Shawl nikah tu DIY jea wehh. Beli shawl keknis tuu, pastu cari lace tu kat masjid india. Beli manik sikit. Balik jahit sendiri. Bolehla. Daripada nak beli punya la mahal, jahit tak kemas pulak tu. Baik jahit sendiri kan? Senang jea. Google jea cara jahit shawl nikah. Banyak keluar tutorialnya. Untuk niqab pulak, tade tutorial. Aku bantai jea weh. Haha. Potong kain jadi bentuk macam ala ala D, pastu aku kemaskan keliling pakai lighter aje. Then, tampal batu tu kat keliling. Siap. Selamat mencuba!

Harini dah sebulan lebih la bergelar isteri. Kehidupan?
Good! Absolutely good.
Best ke kahwin? Gila tak best.
Cabaran or dugaan? Biasa2 jer.
Kereta rosak la, duit takde la. Eh biasa lettew.
Nasib dapat husband yg positif, so kitorang chill je bila ada masalah.
Gaduh? Takde pun. Merajuk gituw2 aje.
So far, semua okay je. Dari mula kenal sampai lah dah kahwin.
Alhamdullillah dapat husband yang gila babi cool and chill sangat.
Lemah lembut pulak tuu. Rajin pun ye jugak.
Rajin sangat. So kehidupan berumah tangga pun cool jea.
Happening sebab husband aku ni masuk air sikit. Ke banyak? Eh entahla. Haha.
 
Kesimpulannya, kahwin la cepat ye. Buat setakat yang mampu jea. Hantaran tinggi ke rendah ke bukan penjamin bahagia rumah tangga. Itu benar, tetapi lagi rendah lagi berkat. Apa pun, semua terpulang pada iman di dada. Kau punya duit kau punya suka lah kan. Nak buat kecik ke besar ke sederhana ke. Yang penting, JANGAN RIAK!

Cuma nak share, kahwin itu mudah. Ikut kemampuan sendiri. Jangan takut nak kahwin.
Allah dah janji rezeki lepas kahwin lagi banyak.
Niat nak kahwin tu pun kena betul ye dak?

Lagi senang weh kahwin muda. Even tengah study pun. Syiok!
Boleh study sama2. Boleh compete result.
Belajar pun lebih berkat.
Cuti sem boleh bawak si dia balik rumah. Haha.
Mak bapak pun dah takde nak risau kau kehulur kehilir dengan orang bukan muhrim kau.
Kau pun tak risau nak kesana kesini dengan suami/isteri sendiri.
Kadang bila jalan sana sini pegang tangan peluk pinggang memang orang pandang daring.
Daahtu tengok muka dua2 muda belaka. Orang ingat kami tak kahwin lagi! Haha.
Dulu sebelum kahwin, study kat luar sampai 2 3 pagi. Bila mengantuk tidur jelah dalam kereta depan McD tu. Pun risau jugak kot kena tangkap basah. Haha.
Sekarang bila dah kahwin, tertunggu gak orang datang rumah konon2 nak tangkap kepe kan, sebab teringin nak tunjuk kad nikah kami. Kahkah!

 Thanks Sayang for everything. Thanks for accepting me as your wife. Thanks for being my other half. I love you so much.




21.11.15

dont know what to feel

i dont know what to feel anymore
because i dont know what is right for me to feel
everything doesnt seems to be right
tonight, i will just sleep with a truly broken mind and heart

21.6.15

ahad ku


today is sunday. and im working bebeh :D
suka sangat kerja hari ahad. suka gila!
dulu masa nak dapatkan kerja, haa malas sgt nk pergi interview tempat lain.
padahal tempat lain tu rilek jea cuti weekend.
tapi malas punya pasal, nk kerja sini jugak kann.
haa mendapat lah bosan dia camne kann.
padan muka kau Emira!
ni baru 1005. berapa jam lagi hoi nak balik.
mengantuk ni! semalam balik lambat lagiiiiiiii.
2 pagi baru nak balik, nak jadi hapee kan.
disebabkan mood kejap ok kejap tak ok, rasa nak bersukan jea.
so semalam, saya berbasikal dua round kot kt titiwangsa tu.
peluh peluh peluh.
tapiiiiii, lepastu lepak McD makan ayam goreng spicy dua ketoii.
*serupa takpayah berbasikal tadi*
tapi takpelah, gasakla. sebab berbuka tadi pun makan nasi 5 suap jea. HAHA.
so duduk la melepak dgn MN ni kannn, sembang punya sembang tup tup dah pukul 2.
baru sedar nak balik.
*masa tengah lepak tak sedar diri tu esok kerja pagi*
sampai jea rumah, hadap phone duluu.
perkara wajib setiap remaja buat. kann kann? jangan tipu, tak baik.
agak agak phone tu dah jatuh atas muka tiga pat kali baru reti nak tidur :3
akhirnya pukul 3 baru tidur. bangun sahur 515.
pas subuh sambung tidur sampai kul 8.
and now disinila saya sedang bekerja.
nampak tak kerja ni mmg bosan, sempat berblogging tau!
ni mata kanan ni asik la berkedip. 
ape keheynyee tataula saya.
ok la. nk googling jap cari jawapan.
bye!


17.6.15

ramadhan datang lagi


sampai sekarang tak percaya yang esok dah nak puasa.
malam ni sahur.
like seriously laaa?
n tu maknanya dah nak raya.
cepatnya masa berlalu kan. 
its good.
so that cepat2 la ak dapat sambung degree pulak.
dah rindu sgt ni nak pegang buku.
apa pun, korang, selamat berpuasa hokayy!
jangan ponteng pulak.
nanti Allah marah.
bila time puasa ni, serious teringat balik macam2 kenangan.
ada kenangan yang  boleh buat ak nangis, rindu, happy.
nangis sebab kenangan dengan arwah.
terlalu banyak. rindu gilaaaa taktahu nak cakap camne tahap rindu tu.
bila ingat arwah jea, automatik bergenang air mata.
so cepat2 ak akan fk benda lain.
it hurts too much cuz i love her too much :'(
*ok lap air mata*
kenangan dengan kawan2 masa kat manjung dulu.
ya Allah nakalnyaaa kitorang.
orang g teraweh, kitorang g main snooker.
ponteng puasa lagi lah jangan cakap.
*saya selalu ponteng puasa sbb gastrik teruk. HAHA*
tu semua kenangan masa muda2 dulu lah.
sekarang saya dah besar. baik sikit. hehehe.
so , apa tema baju raya tahun ni?
colour apa agak2?
GOLD?
lupakan jelah. raya tak raya sama jea. haha.
k sampai disini sahaja coretan saya kali ini.
apa pun, Alhamdullillah sempat juga berjumpa Ramadhan di tahun ini.
selamat beribadah uolls!


thanks for reading ((: