12.4.16

Saja nak cerita

Saja nak post gambaq kawen. Tak suka tak payah stalk oka! Hihi.

Ramai duk tanya macam mana kenal macam mana bleh tiba2 nak kahwin macam mana itu ini. 
Penat nak jawab banyak kali.
Sorry le lambat update kat sini. 
Selalu update kt IG and FB ajee.
So, i kopipes jelah ye? Hehe.








Alhamdullillah sekali lafaz je. 3 bulan kenal, terus ajak kahwin. So kahwin jelah. Kenal kat wechat plak tu 😂😂 Jodoh kat mana mana pun boleh jumpa. Semua terkejut iolls kawen kan. Punya lama single tetiba kawen. Haha. Disebabkan semuanya last minit, Buat kecik2 jea, pun rasa meriah sangat. Jd meriah sgt sbb byk benda orang sponsor .Alhamdullillah. Thanks pada semua yg hadir and tolong kami menjayakan majlis ni.


Sekarang ni kecoh pasal kisah rumah tangga kan. Hantaran tinggi la hantaran tak cukup la. Haha. Macam2. Korang yg nk cari isteri tu cari lah yg betul2. Yang boleh taat, setia and pandai urus hal rumah tangga. Perempuan zaman sekarang ak tengok, demand kemain. Kalau diri tu bagus sangat takpe. Belajar pun bukan pandai sangat. Rupa pun so so je. Malas dia nauzubillah. Diri sendiri pun tak tak terjaga tapi kabut nak kahwin demand hantaran tinggi2. Bukan apa. Kesian dekat lelaki yg betul2 ikhlas nak kahwin, tapi adat menyusahkan semua urusan. Perempuan, nak hantaran tinggi2, tengok diri tu dulu okay. Buat naya je lelaki kumpul duit bertahun tapi lepas kahwin tak reti nak urus hal rumah tangga. Hoho. Tp kaum lelaki jangan tahu nak kahwin aje bila perempuan tak demand hantaran tinggi. Pastikan diri tu dah betul2 ready boleh bimbing anak orang dulu. Apa pun, utamakan yang wajib dulu. Hantaran tinggi2 bukan berkat sgt pun. Nak2 yg kahwin pakai loan. Sebab dah menghalalkan yang haram. Loan kan ada riba. Aku dengan suami? Simple. Dulu siapa tanya pasal hantaran aku, aku jawab berapa yang mampu je. Kahwin dgn suami, simple sgt. Hantaran cuma al quran, telekung, sejadah. Mas kahwin RM80. Dengan sebentuk cincin. Baju kahwin? Makcik i sponsor. 1 sen tak keluar. Baju melayu masa akad nikah je beli tu pun masa offer kat jakel. Kenduri? Jemput family and kawan rapat, jiran2. Dua kemah aje. Masak sendiri. Pelamin just untuk tangkap gambar, DIY ye. Photographer takde. Kompang ka silat ka pun takde. Dj pun takde. Takde der nk pasang2 lagu. Simple jea. Tp kawan cakap aku kahwin nampak grand. Haha. Love you sayang@rfizie_







Shawl nikah tu DIY jea wehh. Beli shawl keknis tuu, pastu cari lace tu kat masjid india. Beli manik sikit. Balik jahit sendiri. Bolehla. Daripada nak beli punya la mahal, jahit tak kemas pulak tu. Baik jahit sendiri kan? Senang jea. Google jea cara jahit shawl nikah. Banyak keluar tutorialnya. Untuk niqab pulak, tade tutorial. Aku bantai jea weh. Haha. Potong kain jadi bentuk macam ala ala D, pastu aku kemaskan keliling pakai lighter aje. Then, tampal batu tu kat keliling. Siap. Selamat mencuba!

Harini dah sebulan lebih la bergelar isteri. Kehidupan?
Good! Absolutely good.
Best ke kahwin? Gila tak best.
Cabaran or dugaan? Biasa2 jer.
Kereta rosak la, duit takde la. Eh biasa lettew.
Nasib dapat husband yg positif, so kitorang chill je bila ada masalah.
Gaduh? Takde pun. Merajuk gituw2 aje.
So far, semua okay je. Dari mula kenal sampai lah dah kahwin.
Alhamdullillah dapat husband yang gila babi cool and chill sangat.
Lemah lembut pulak tuu. Rajin pun ye jugak.
Rajin sangat. So kehidupan berumah tangga pun cool jea.
Happening sebab husband aku ni masuk air sikit. Ke banyak? Eh entahla. Haha.
 
Kesimpulannya, kahwin la cepat ye. Buat setakat yang mampu jea. Hantaran tinggi ke rendah ke bukan penjamin bahagia rumah tangga. Itu benar, tetapi lagi rendah lagi berkat. Apa pun, semua terpulang pada iman di dada. Kau punya duit kau punya suka lah kan. Nak buat kecik ke besar ke sederhana ke. Yang penting, JANGAN RIAK!

Cuma nak share, kahwin itu mudah. Ikut kemampuan sendiri. Jangan takut nak kahwin.
Allah dah janji rezeki lepas kahwin lagi banyak.
Niat nak kahwin tu pun kena betul ye dak?

Lagi senang weh kahwin muda. Even tengah study pun. Syiok!
Boleh study sama2. Boleh compete result.
Belajar pun lebih berkat.
Cuti sem boleh bawak si dia balik rumah. Haha.
Mak bapak pun dah takde nak risau kau kehulur kehilir dengan orang bukan muhrim kau.
Kau pun tak risau nak kesana kesini dengan suami/isteri sendiri.
Kadang bila jalan sana sini pegang tangan peluk pinggang memang orang pandang daring.
Daahtu tengok muka dua2 muda belaka. Orang ingat kami tak kahwin lagi! Haha.
Dulu sebelum kahwin, study kat luar sampai 2 3 pagi. Bila mengantuk tidur jelah dalam kereta depan McD tu. Pun risau jugak kot kena tangkap basah. Haha.
Sekarang bila dah kahwin, tertunggu gak orang datang rumah konon2 nak tangkap kepe kan, sebab teringin nak tunjuk kad nikah kami. Kahkah!

 Thanks Sayang for everything. Thanks for accepting me as your wife. Thanks for being my other half. I love you so much.





thanks for reading ((: