21.11.15

dont know what to feel

i dont know what to feel anymore
because i dont know what is right for me to feel
everything doesnt seems to be right
tonight, i will just sleep with a truly broken mind and heart

21.6.15

ahad ku


today is sunday. and im working bebeh :D
suka sangat kerja hari ahad. suka gila!
dulu masa nak dapatkan kerja, haa malas sgt nk pergi interview tempat lain.
padahal tempat lain tu rilek jea cuti weekend.
tapi malas punya pasal, nk kerja sini jugak kann.
haa mendapat lah bosan dia camne kann.
padan muka kau Emira!
ni baru 1005. berapa jam lagi hoi nak balik.
mengantuk ni! semalam balik lambat lagiiiiiiii.
2 pagi baru nak balik, nak jadi hapee kan.
disebabkan mood kejap ok kejap tak ok, rasa nak bersukan jea.
so semalam, saya berbasikal dua round kot kt titiwangsa tu.
peluh peluh peluh.
tapiiiiii, lepastu lepak McD makan ayam goreng spicy dua ketoii.
*serupa takpayah berbasikal tadi*
tapi takpelah, gasakla. sebab berbuka tadi pun makan nasi 5 suap jea. HAHA.
so duduk la melepak dgn MN ni kannn, sembang punya sembang tup tup dah pukul 2.
baru sedar nak balik.
*masa tengah lepak tak sedar diri tu esok kerja pagi*
sampai jea rumah, hadap phone duluu.
perkara wajib setiap remaja buat. kann kann? jangan tipu, tak baik.
agak agak phone tu dah jatuh atas muka tiga pat kali baru reti nak tidur :3
akhirnya pukul 3 baru tidur. bangun sahur 515.
pas subuh sambung tidur sampai kul 8.
and now disinila saya sedang bekerja.
nampak tak kerja ni mmg bosan, sempat berblogging tau!
ni mata kanan ni asik la berkedip. 
ape keheynyee tataula saya.
ok la. nk googling jap cari jawapan.
bye!


17.6.15

ramadhan datang lagi


sampai sekarang tak percaya yang esok dah nak puasa.
malam ni sahur.
like seriously laaa?
n tu maknanya dah nak raya.
cepatnya masa berlalu kan. 
its good.
so that cepat2 la ak dapat sambung degree pulak.
dah rindu sgt ni nak pegang buku.
apa pun, korang, selamat berpuasa hokayy!
jangan ponteng pulak.
nanti Allah marah.
bila time puasa ni, serious teringat balik macam2 kenangan.
ada kenangan yang  boleh buat ak nangis, rindu, happy.
nangis sebab kenangan dengan arwah.
terlalu banyak. rindu gilaaaa taktahu nak cakap camne tahap rindu tu.
bila ingat arwah jea, automatik bergenang air mata.
so cepat2 ak akan fk benda lain.
it hurts too much cuz i love her too much :'(
*ok lap air mata*
kenangan dengan kawan2 masa kat manjung dulu.
ya Allah nakalnyaaa kitorang.
orang g teraweh, kitorang g main snooker.
ponteng puasa lagi lah jangan cakap.
*saya selalu ponteng puasa sbb gastrik teruk. HAHA*
tu semua kenangan masa muda2 dulu lah.
sekarang saya dah besar. baik sikit. hehehe.
so , apa tema baju raya tahun ni?
colour apa agak2?
GOLD?
lupakan jelah. raya tak raya sama jea. haha.
k sampai disini sahaja coretan saya kali ini.
apa pun, Alhamdullillah sempat juga berjumpa Ramadhan di tahun ini.
selamat beribadah uolls!


16.6.15

im sick of it

the same topic, MARRIAGE . everyday.
mama, im so sick of it.
let me live my life the way i want it to be.
please, im too afraid to love again.
because in the end, love hurts me.
too much.
u are wrong.
being hurt too many times doesnt make me stronger.
but it destroyed me.
and it makes who i am today.
u dont have any idea how scared i am.
it destroyed me once, but i still gave it a try again and again.
and it destroyed me again and again.
till i cant get up. anymore.
how i wish i can love again.
but im too afraid.
please, gimme some space and time.
i hope time will heal me.
sorry :'(




13.6.15

penat melampau

apa yang ak nak cerita ni agak menakutkan. bila ek. hari khamis baru ni, lepas balik kerja ak pergi TS.
alaa Times Square kt Bukit Bintang tu haaa. ak pulak memang suke merewang.
and unexpectedly, ada la sorang mamat ni. dia macam ala ala mix apa tahla.
nak tau tak apa yg dia buat? sexual harassment.
berani2 jea nk rentap tangan orang bagai.
okayy, masa tu gila ah memang takut tak tahu lah level berapa.
otak terus jadi blank gilaaa. macam macam berlegar kat fikiran ni haa. 
kaki jangan cakapla, ak rasa macam ak jalan tak jejak tanah dah.
rasa cam melayang jea. tapi teruskan jugak la jalan dalam keadaan takut.
sampai satu tahap, tak tahan dah nak tahan. nangis jelah.
apa pun, ak berjaya melarikan diri. syukur Alhamdullillah.
nasibla takde pape yg lebih buruk yg berlaku.
cepat2 balik rumah pastu. menggigil ak.
omw back home, my boss called.
bos no 1. well, ak buat dua kerja. satu full time satu part time. nasibla kan. haha.
dia cakap esok awk kena ikut sy kerja outstation. lewat malam ni awak kena gerak.
baru nak menikmati hari cuti dengan aman. tapi kena kerja.
nak taknak, pergi jugakla. *kena paksa*
Batu Pahat.
disebabkan still lagi terkejut dengan apa yang jadi tadi, ak drive pun takleh nk fokus.
drive dgn tgn yg menggigil lagi haa.
then pergi jumpa shida dulu, nk tenangkan diri jap. nasibla dia ada. jerit pepuas!
and thanks jugak to someone yg temankan ak n tenangkan ak sampai ak boleh gelak balik.

lepas dah okay semua, pukul 4 pagi gerak Batu Pahat.
dengan mengantuknyaaa, ya Allah.
alhamdullillah selamat gak sampai.
then sampai jea sana terus tidur jap dalam kereta dua jam.
bangun terus start kerja sampai la ke malam.
kesana kesini. sampai migrain.
pukul 1230 malam camtu selamat dah sampai KL.
memang paling laju ak bawak.
kalau meter tu boleh sampai 300, 300 la ak bawak.
nasiblaaa 180 jea max dia.
sampai jea KL, perghh gua rasa nak pengsan seminggu weh. serious.
mandi mandi, baring, hadap fon jap, then tidur.
bangun subuh, sambung tidur jap, kul 7.30 bangun balik siap2 g kerja.
what a life. penat semalam pun tak habis lagii.
rindu gila nk study. tak suka kerja. penat dia mendera betul.
cepatlahhhh masuk degree. arghhh. bosan la kerjaaa yg sekarang ni.
kalau dah ak rajin berblogging ni, mmg maknanya ak dah takde kerja sangat lah ni.
dahla, pesanan saya, hati hati lah bila kt luar tu.
bahaya. dengar cerita lelaki pun kena rooooo. apa nak jadi dunia sekarang ni entahla nakk.
lepasni saya nak kena upah bodyguard la dua orang.
baik kahwin jea kot? takpayah upah. FOC jea. ahahaha.
k jangan merepek. byebye :* 


8.6.15

hari yang membosankan

hey hey hey.
tengah kerja ni. tapi terlalu bosan sampai tahap nak nangis dah ni.
tapi takpe , sabar. lg sikit jea dah nak habis kerja. huu.
okayy lah. pejam celik pejam celik dah nak bulan Ramadhan kann?
see, masa berlalu sangatlah pantas tanpa kita menyedari.
cehh ayat.  HAHA.
dalam otak ni ligat mikir raya ni nak pergi mana.
biasalah, tiap tahun selalu raya sendiri jea.
last year dah ke Penang. 
so this year kemane ke kita ye?
mood raya jadi mood holiday.
sbb raya tak raya sama jeaaaaaa :(

ok laa. berbalik kepada bosan tadi kann.
so ai mmg tgh bosan sgt ni uolls.
tu yg sampai bukak blog ni haa. 
jarang dah berblogging. sekali sekala jea.
tak suka la kerja. lagi suka study.
ok tak sabar nak sambung degree.
diploma dah habis!
rindu nk pegang buku, rindu nak ajar orang, rindu nak perah otak.
rindu assignment. RINDU k RINDU.
mmg sampai ke tua study gamaknye.
KAHWIN? haaa nanti dulu.
bosan k bosan tu jea topik yg sama hari hari mama gn abah kat rumah.
wehhh, im 23 hokayy, not 32.
tatau cmne nk lari dr bebelan dorang suruh kahwin tu. haha.
nk duduk rumah lain tak best lah pulak kann.
but how?
bukan taknak, tapi takde masa lah nk bercinta.
kau tau tak BUANG MASA?!
baik ak belajar, dapat gak hasil.
bercinta dapat apa? nothing. 
panik tu yes ada. bukan takde.
but, people nowadays susah nak ramal.
couple2 eh bapak orang.
couple2 eh atuk orang!
bhahahaha.
kau jgn memain dgn manusia zaman skrg ni.
pijak semut tak mati depan kau.
belakang kau, bagilah pijak apa pun semua mati. 
elok kena pijak jea orang camni. 
*jom pijak ramai2*
hahaha.
kawan kawan cakap ;
KAU memilih sangat
KAU jual mahal

haruslah memilih. sbb pengalaman dah mengajar banyak benda.
jual mahal, juga harusla. kalau tak, senang senang jea kau ni laki tu buat macam2.

ak nak yang camne?
cukuplah yg macam Jang Guen Suk.
k tolong jgn bunuh diri k. hehe.
takdelah, cukuplah yg soleh and baik.

ok sekarang nak buat apa jea ni lagi 2 jam setengah?
phone hantar repair. 
so pakai blackbeghi jelah mampu skrg ni.
mmg bosan takde handphone ku. hukhuk.
takleh dah nak layan drama korea kt phone.
takleh nak main game. HMMMM.
sedihh angat.
kalaulah bosan tu ada level, ak nak bagi level infinity!
rindu bantal kt rumah. nak balik nak tidur.
dahla. cctv ni perhati jea apa ak buat.
jumpa lagi!
byebye :*

14.1.15

last sem

wuyeahhh, malam ni datang mood nak berblogging sat.
rindu rindu rindu :*
so nak cerita pasal apa eh? :p
sy nk cerita yg sy skrg tgh final sem. n tersangatlah BUSY.
BUSY k BUSY. tolong faham. COC no more. *konon* :D
okayy sebenarnyaa tak sabar nk grad pastu nak sambung degree.
pastu nak sambung master pastu nak sambung pHd. 
serious tak sabar gila nk ada pHd. 
sudahnya tak kawen2. HAHA.
kalau kira2 balik, around 29 kut baru boleh ada pHd.
okayy dah tua -..-
malam malam cemni biasalah, macam macam yg bermain kat fikiran, kan kann?
jangan tipu! 
berangan tu perkara biasa dah bg semua orang yea dak.
ak rasa benda ni hari2 ak fk bila lah nak habis belajar. HAHA
orang lain tak sibuk tanya bila ak nak habis belajar, tapi sibuk tanya
BILA NAK KAHWIN?
okayy, soalan yg sangat membosankan.
sbb tak ada jawapan untuk tu.
haa ni yg nak membebel ni.
eh biasalah zaman skrg ni, cinta tu terlalu murah.
senang dapat senang buang.
so, bg ak, BUANG MASA.
penat nak hadap manusia yg tak reti nak menghargai ni! 
nanti dah sampai seru, sy kahwinlah yeee :D
masuk tahun 2015 ni , maka umur sy pun meningkat lah kan.
23 already. okay fine, rasa mmg dah tua. serious :/
tak best k tak best bila orang tanya pasal umur. 
boleh tak nak kembali ke zaman belasan tahun dulu?
ahh syioknyaa seperti dunia ana yang punya kata ko. HAHA
lantak lah.
yang penting azam tahun baru ak tahun ni ialah......
ENTAHLA. tak pernah ada azam setiap tahun baru. haha
ok lantak kan lagi sekali, skrg dalam kepala otak ak tgh fk bila ak nak sampai istanbul ni?
lepas habis study ni, kerja kejap kumpul duit, then boleh pergi! 
sebelum nk sambung belajar, kita enjoy dulu!
HOLIDAY :D
sorang2 pun jadi, apedehai.
baru lah adventure kann. haha
eh dahla, panjang nau. muntah darah lak kang baca kan.
BYE!

thanks for reading ((: