7.1.13

im torn apart inside

kalau lah kau boleh baca isi hati aku. kalau lah kau boleh faham semuanya. hm tapi tak. rindu tak terkata. terkilan tak terhingga. sedih tak terungkap. kecewa tak tertanggung. rindu yang dulu. thats all. kbye

kau kata kau sayang tapi kau naik tangan? puihh

ohh hey guys. lama tak jumpa. topik kali ni agak sensitif sikit. korang pernah alami tak benda macam ni? ak pernah. ayah ak sendiri pulak. lepastu bf. hahaha mmg amat dayus. ak mmg sgt tak dapat terima lelaki yg pukul perempuan ni. ohh pelisss ahh. perempuan untuk dikasihi dan dilindungi, sebab itulah wanita dijadikan dr rusuk kiri lelaki yg dekat dengan hati dan tangan. hati, untuk dikasihi, tangan, untuk dilindungi. bukan untuk ditangan la bangang! oppsss terlebih emo pulak. hehe. mana mana orang pun tak dapat terima benda macam ni. sebab kekerasan tu bukannya dapat mengubah orang tu jadi baik. kelembutan itu kan lebih bagus, kenapa mesti kekerasan jugak yg jd penyelesaian? ada akai ka tidak? hu. kalau sayang, kau harus mendidik dengan kelembutan. ikutlah sunnah nabi s.a.w. isteri dia tak masak pun dia senyum je n niat nak puasa. tak macam zaman sekarang, isteri tak masak, haa mengamuk la pastu cari perempuan lain. eh mangkuk, kau ada akai ka tak haa? kau buat cmtu boleh settle masalah ke? duduk, bawak berbincang. kan bahagia. ni dia buat salah, kau pun ikut buat salah, memburukkan lagi keadaan. sampai bila nak selesai? ada akai taknak guna. haa itulah dia. haha. wahai kaum lelaki sekalian, perempuan ni lemah. so kalau kau nak tunjuk kuat, sila cari lawan yg setanding dgn kau. jgn jd bangang pukul perempuan. kalau kau syg, kau takkan sampai hati pukul org yg kau syg tu. kau takkan sampai hati sakitkan insan yg kau syg dgn perbuatan kau sendiri. inilah dia. benda kecik pun nak lempang, nak terajang, nak sepak. kau marah, kau puaskan n lepaskan kemarahan kau tu dengan pukul perempuan? setiap masalah ada jalan penyelesaian. bukan dengan kekerasan. binatang pun sayang menyayangi. kalau kau pukul perempuan, kau ni lagi teruk dari binatang ak rasa. sebelum buat tak fikir, dah buat baru nak fikir, baru nak mintak maaf. ohh sekali dua ada ampun lagi. banyak kali, kau boleh berambus. maaf kepada yg terasa yeee. tapi tolonglah berfikir secara waras. kepada kaum wanita di luar sana, sila syg diri anda. jgn jd bodoh nak hidup dgn lelaki yg boleh membahayakan keselamatan kau. get a better life out there. btw, HAPPY NEW YEAR readers! azam ak tahun ni nak tutup buku ak dengan dia. ak nak single n fokus study. amin~ 

thanks for reading ((: