23.9.12

be strong

saat kita menempuhi onak duri dunia
derita sekali sekala mencuit hati
hati remuk menangis tidak henti
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
dalam terharu..
air mata tertumpah juga
wahai hamba Ilahi
itulah kehidupan di dunia
kita tidak akan sesekali dapat menjangka
apa yang Allah aturkan untuk kita
adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa
namun..
jangan risau manusia
Allah itu Tuhan kita
Tuhan yang maha luas kasih sayangnya
Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

9.9.12

more and less

jari mula merayap di atas papan kekunci tanpa mengetahui apa yang hendak dicoretkan disini.
selamat hari raya to everyone, maaf zahir dan batin.
korang korang semua cerita raya mesti gempak kan.
shopping sakan bagai yea? haa untunglah.
aku takde pun. raya sendiri je tahun ni sama seperti tahun tahun yang lalu.
there's an untold story. SECRET 
tahun ni raya dekat manjung. after that penang. and pulang semula ke kuala lumpur yang sangat menjemukan saban hari.
and last sekali aku pun pulang ke jalan yang benar, balik US (UiTM Segamat)
lol -,-
hitungan demi hitungan, dah 3 minggu tiada khabar berita.
dah bertahun aku simpan. untuk seketika ianya pulih semula dan sekarang luka kembali.
banyak persoalan yang berlegar-legar di kotak fikiran.
dan aku sendiri tak tahu jawapan kepada semua persoalan itu.
aku membuat keputusan untuk berdiam diri dan meneruskan hidup yang harus diteruskan.
kosong kosong dan kosong. aku rindu 'penceria hidupku', cemburu tengok orang lain bahagia.
atas muka bumi yang nyata ni, kebahagiaan ialah sesuatu yang sangat berharga dan itu yang aku memang tersangat mahukan. 
akan tetapi, tiada. 
sehingga ke saat ini, aku masih lagi terpinga dan tidak faham mengapa dan mengapa?
diabaikan begitu sahaja seperti aku bukan tanggungjawab mereka lagi.
first raya, rumah aku seperti tiada penghuni lain yang hidup. 
terasa seperti orang asing di dalam rumah sendiri. 
dengar lagu raya, sebak. sedih. pilu. 
rindu arwah. start kereta, tekan minyak lalu berdesup ke kubur arwah.
aku rindu yang teramat sangat dalam dan dalam sedalam dalamnya.
rindu semasa dia masih hidup. rindu semua benda tentang dia.
apakan daya, semua tu dah tiada dan takkan mungkin berulang lagi.
dan aku kena terima kenyataan. hm.
hidup oh hidup. panjang lagi kehidupan yang harus aku tempuh.
yang ada hanya diri aku 2 orang manusia yang selalu ada untuk aku setiap masa.
4 ogos 2012. tak sangka semuanya jadi begini. tak diduga.



thanks for reading ((: