2.10.12

final exam


tot tet tot tet.
haa nampak muka kat atas tu haa? muka ketat je time tengah amik final exam. hahaha.
sedang final exam sekarang.
tamat pada 15 october, bersamaan dengan hari kelahiran aku.
birthday tak birthday sama saja.
takde apa pun yang syiok.
seumur hidup tak pernah lagi lah kena baling telur tepung apa semua. 
harap tahun ni tak kena, well classmate aku macam haram jugak perangai kalau nak kenakan orang ni.
pada ***** yang menyimpan hasrat nak baling aku telur and tepung after habis exam, lupakan jelah. aku lari cepat cepat berdesup balik penang! haha.
okay, berbalik pada tajuk utama. 
first paper aku hari ni pukul 9 pagi tadi.
7.15 tu ada monyet tu dah kejutkan aku bangun. gila awal!
my first paper was BEL120.
senang la. alhamdullillah boleh buat, :)
next paper will be on this sunday.
ahhh bosan gila lah nampaknya. apa lah nak buat dari hari ni sampai sabtu ni.
dahla next paper CTU. agama je pun. 
terpaksa lah duduk je kat segamat hutan ni haa.
third paper is MGT162. banyaknya lah nak kena hafal. fourth paper ACC106.
homaigadd banyak nak kena revision ni.
and last paper MAT112. ohh sgt suka sybject ni! then honeymoon lah!
sepanjang cuti sem nampak gayanya terpaksa duduk di pulau pinang.
arahan telah dikuatkuasakan buat aku. -__-
nasib nasib. ahh dahla, wish me luck! :D

23.9.12

be strong

saat kita menempuhi onak duri dunia
derita sekali sekala mencuit hati
hati remuk menangis tidak henti
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
dalam terharu..
air mata tertumpah juga
wahai hamba Ilahi
itulah kehidupan di dunia
kita tidak akan sesekali dapat menjangka
apa yang Allah aturkan untuk kita
adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa
namun..
jangan risau manusia
Allah itu Tuhan kita
Tuhan yang maha luas kasih sayangnya
Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

9.9.12

more and less

jari mula merayap di atas papan kekunci tanpa mengetahui apa yang hendak dicoretkan disini.
selamat hari raya to everyone, maaf zahir dan batin.
korang korang semua cerita raya mesti gempak kan.
shopping sakan bagai yea? haa untunglah.
aku takde pun. raya sendiri je tahun ni sama seperti tahun tahun yang lalu.
there's an untold story. SECRET 
tahun ni raya dekat manjung. after that penang. and pulang semula ke kuala lumpur yang sangat menjemukan saban hari.
and last sekali aku pun pulang ke jalan yang benar, balik US (UiTM Segamat)
lol -,-
hitungan demi hitungan, dah 3 minggu tiada khabar berita.
dah bertahun aku simpan. untuk seketika ianya pulih semula dan sekarang luka kembali.
banyak persoalan yang berlegar-legar di kotak fikiran.
dan aku sendiri tak tahu jawapan kepada semua persoalan itu.
aku membuat keputusan untuk berdiam diri dan meneruskan hidup yang harus diteruskan.
kosong kosong dan kosong. aku rindu 'penceria hidupku', cemburu tengok orang lain bahagia.
atas muka bumi yang nyata ni, kebahagiaan ialah sesuatu yang sangat berharga dan itu yang aku memang tersangat mahukan. 
akan tetapi, tiada. 
sehingga ke saat ini, aku masih lagi terpinga dan tidak faham mengapa dan mengapa?
diabaikan begitu sahaja seperti aku bukan tanggungjawab mereka lagi.
first raya, rumah aku seperti tiada penghuni lain yang hidup. 
terasa seperti orang asing di dalam rumah sendiri. 
dengar lagu raya, sebak. sedih. pilu. 
rindu arwah. start kereta, tekan minyak lalu berdesup ke kubur arwah.
aku rindu yang teramat sangat dalam dan dalam sedalam dalamnya.
rindu semasa dia masih hidup. rindu semua benda tentang dia.
apakan daya, semua tu dah tiada dan takkan mungkin berulang lagi.
dan aku kena terima kenyataan. hm.
hidup oh hidup. panjang lagi kehidupan yang harus aku tempuh.
yang ada hanya diri aku 2 orang manusia yang selalu ada untuk aku setiap masa.
4 ogos 2012. tak sangka semuanya jadi begini. tak diduga.


24.7.12

ramadhan is back

oh assallammualaikum w.b.t :)
lama tak mencoret di sini. hey! hee.
hari ni dah masuk ramadhan yang ke 4 dah. ehh kejap je rasa!
tak sabar pulak rasanya nak raya. tapi baju raya apa pun tak beli lagi ni. 
nanti lah nak pergi shopping sakan. dapat duit pt kan. hahaha! 
tema tahun ni taktau lah apa. 
alaaa tapi apa pun still tak bermakna jugak raya tahun ni. 
sebab, dah memang raya tu takde makna tanpa arwah.
dia jelah yang buat raya and hidup aku sempurna.
haihhh. yang pergi tu tetap pergi kan.
tahun ni puasa dekat UiTM. sumpah tak best siot.
nak turun sahur pun malas woi.
penat mmang tersangat penat.
dengan kelas umpama trafik yang tiada lampu isyarat.
nasibla roommate semua macam gila gila so takdelah rasa bosan gila duduk sini. 
harap sem depan dapat roommate yang okay belaka.
jangan alim belaka sudahla -_____-
iskisk. sebenarnya kan rindu dekat manjung ah.
rindu dekat family.
aicehh padahal baru balik minggu lepas.
bazar kat manjung best seyh.
rindu pulak nak berbuka dengan am.
budak trauma accident ni. 
bila aku drive jea mesti dia duk jerit jerit "miraa sloww mira!".
sumpah aku rasa macam nak tinggalkan kat tepi jalan tu woi! haha.
raya ni raya kat melaka insyaallah. alaa bosan gila.
nasib ada gak kawan dekat sana. huhh.
lepas tu baru balik manjung!
atoto tak sabarnya nak balik manjung lagi. 
sana baru happening raya woi.
open house berlambak. boleh main meriam. hahaha.
nak kumpul duit raya bebanyak! wuee.
tapi lepas raya ni balik UiTM kena bawak balik sugar glider mak jemah suruh.
best best. pasni ada peneman saya di UiTM. 


7.6.12

moody

aku selalu teringat arwah. pejam celik dah 7 tahun dia pergi. 
rindunya peluk cium dia, suara dia.
seorang yang selalu tenangkan aku and lindungi aku.
tapi dia dah tak ada dah :'(
kehidupan sekarang, lil bit tough and harder.
tapi aku sabar je. nak buat macam mana.
semuanya dah terlambat untuk aku perbaiki balik semua ni.
isnin depan dah start kelas. okayfine, aku tak tahu la apa nak buat.
harap semuanya berjalan dengan lancar and semoga apa yang aku belajar semuanya masuk dalam kepala otak aku ni.
banyak sangat masalah, aku kadang kadang macam hilang diri aku. 
tapi ternyata aku memang dah hilang diri aku yang dulu.
farah selalu cakap, kuatkan diri and tabahkan diri kau emira, jadilah emira yang dulu.
but i cant make it. :( 
banyak sangat silap yang aku dah buat dalam hidup aku ni. 
tapi kesilapan ni lah yang bagi pengajaran pada aku untuk hidup yang akan datang.

23.5.12

MSU

hey guys! lama tak update kan.
aku dah start orientasi. okay fine sumpah memang macam budak tadika!
start hari isnin sampai jumaat 21-25 mei.
kena pergi pakai formal, kasut tutup, ikat rambut kasi kemas.
well, rupa aku dah macam kanak-kanak tadika.
so goodbye to orientation, i wont see u again.
duduk rumah lagi bagus.
just imagine, main game tepuk tepuk tangan, and then kena berlakon jadi spongebob, dalam lakonan tu takleh cakap, cuma buat gaya je.
aku rasa orang yg tengok pun akan jadi blur and tertanye tanye, hey what is she trying to do?
akan membuatkan aku nampak macam orang bodoh.
lepastu suruh buat lakonan merdeka, latar belakang lagu sudirman.
hey come on, minimum 3 mins, nak buat ape je within 3 mins? haha.
serik aku orientasi ni. bosan.
tapi memang kelakarlah tengok gelagat orang ramai kat sana.
ada yang semangat gila babi main game yg fasi bagi.
ada yang gedik semacam, ada yang pelat gila, ada yang kelakar, ada yang malu gila nak mampus, ada yang bajet good good, ehh memacam ragam la.
aku kat sana, sengsorang je and mendiamkan diri. sebab aku memang susah nak biasakan diri dengan new environment so aku akan jadi bisu.
thats why ramai cakap first nampak aku, dorang akan cakap sombongnye minah ni, kereknye minah ni.
tapi kalau dah kenal, aku banyak cakap sebenanrnya sampai korang tak larat nak layan. hehe.
hope kelas cepat lah start. dah tak sabar nak belajar. hahaha.
ok lah. BYE!

28.4.12

terkilan

aku sangat terkilan.
tu je yang aku mampu cakap sekarang ni.
apa pun keputusan aku, semuanya untuk kebaikan.
kbye

14.4.12

MSU

menangis sampai bengkak mata malam tadi, so hari ni pergi register masuk MSU dengan muka macam ala zombie. 
-,- 
ada family, tapi too much problems. membuatkan aku rasa macam aku hilang separuh daripada jiwa dan diri aku.
sedih dengan kehidupan.
what a life?
there's no words can describe my feelings right now.
its *^%!@#$.

untuk adik aku, HAPPY BIRTHDAY. 
kakya mintak maaf tak wish awal awal and tak bagi pape kat amir.
kakya busy sangat sampai tak ada masa nak wish.
im sorry.
i just want u to know that i love u damn much.

5.4.12

sambung belajar

kehidupan sememangnya sesuatu yang sukar untuk kita semua tempuh.
bagaimana sukar pun kehidupan, ingatlah banyak lagi orang yang hidupnya lebih sukar dari apa yang kita jalani.

hari tu aku pergi karnival jom masuk u.
orang lain pergi sana aku tengok muka happy je.
tapi aku, dah macam apa je muka.
orang pun tak sanggup nak tengok.
sebab apa? adalah masalah sikit kan yang membuatkan aku rasa stress semacam je. :(
aku dapat surat tawaran masuk MSU kat shah alam.
Money Sucking University.
yuran memang mahal la kan. 
aku dapat Diploma In Education - TESL
boleh jadi cikgu, ewahh ~
fikirkan masa depan memang seronok.
tapi memikirkan kehidupan yang aku jalani sekarang ni, macam membuatkan niat aku untuk sambung belajar terbantut je.
alaa sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
:'( :'( :'( :'( 
ditambah pulak dengan lagi satu masalah.
apa yang aku dah buat?
hm. aku mintak maaf tapi aku terpaksa buat semua tu.
sumpah aku rasa bersalah gila.
hari-hari aku akan ingat apa yang aku dah buat.
sesiapa pun takkan faham apa yang aku rasa dan lalui.
yang dorang tau, marah aku je.
sedih sengsorang, suka sesama. 
dah biasa dah.
taktaulah kenapa bila aku tension je, orang sekeliling aku lagi suka nak marah aku tambah tension aku.
memang rasa gila terabai.
ada family pun, semua buat hal sendiri.
parents sibuk dengan kerja.
kawan semua, entahla.
kadang dorang faham, kadang dorang tak faham n macam fed up je.
mati nanti pun sengsorang gak kan.
bukannya ada orang nak teman dalam kubur tu haa.
susah aku nak kawal, banyak sangat yang aku fikir.
cakap memang senang kalau bukan korang yang hadapi n tanggung benda tu.
nak buat macam mana, emosi aku sangat terganggu sekarang.
bukan aku yang mintak semua ni.
tapi ni lah yang terjadi.
hmmm.

30.3.12

back

hey readers ;) im back. 
lama jugak lah tak lawat blog ni.
suddenly tadi ada orang tanya pasal blog aku kan, so aku pun rasa macam nak mencoret sedikit.
taknak baca sudah.
14 march hari tu kalau tak silap lah kan, aku bercuti.
my destination of course lah kan MANJUNG kan.
memang best gila lah dapat bercuti kat sana.
release tension kaw kaw. 
banyak sangat masalah duduk KL ni ha -,- 
baik lari manjung kann.
hampir seminggu gak lah duduk sana, then balik ke tempat asal. 
ouh how sad?  mumumu.
macam biasa, asal duduk KL je memacam masalah. ouh stress!
nasib baik la ada minah gila ni sanggup datang dari manjung duduk KL teman aku.
esok kami nak pergi Rawang rumah makteh aku yang tersangat lah joreng!
dia ajak bergosip pulak. rindu punya pasal, pergilah kann.
lagi pun boleh makan sesedap esok! yummy!
tapi aku yang kena masak. :( sobsob.
masak jelahhhh kan.
penat tunggu mama balik ni, nak keluar niiii! seharian tak keluar macam boleh dapat sawan babi je.
okay bye!

19.2.12

katakan taknak

sumpah hari ni tak best langsung.
sebab? bangun pagi jea dah dengar topik hangat dari mulut puan noorazlin.
topik ape eh? topik nak pindah PAHANG.
sebab, bapak aku dapat projek kat sana.
aku nak jea cakap taknak pindah kat parents aku.
tapi nanti jadi punca gaduh pulak.
so aku diam jelah dan terus berharap tak jadi pindah.
berat gila hati aku nak pindah and tinggalkan seseorang.
kalau aku takde nanti, aku tak tahulah apa akan jadi dengan hidup dia dan aku.
owmennn. aku harap GILA BABI semua ni takkan terjadi.
tak sanggup. dah malas nak fikir semua ni.
aku taknak menghadap lagi satu perpisahan.
3 orang aku nak tinggalkan kalau aku pindah. susah gila. berat gila nak mati hati aku.
jangan fikir lah emira!
buat aku rasa sedih, hiba semua ada lah.
hmm. kbye :'(

7.2.12

masalah cinta

assallammualaikum w.b.t ;)
okay hari ni sy tak tidur lagi. sebab apa?
adalah, jangan sibuk nau yea. 
kebelakangan ni, aku rase 2012 ni macam tahun yang gila babi.
nak tahu sebab apa? sebab aku sendiri pun pening dengan masalah.
something yang aku tak expect pun boleh jadi and sedang terjadi sekarang.
pheww. baru masuk bulan february kan? aku rase dah 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7.
haa 7 orang datang dan datang dalam hidup aku. datang buat semak. 
kekasih kembali pulang pun ada. aku tak faham, kenapa dengan lelaki zaman sekarang ni macam gila babi.
menakutkan okay? orang dah taknak tu, tolonglah faham bahasa. ni tak, sampai ada kes pecah cermin kereta aku siap.
menyusahkan hidup aku je! macam dah takde perempuan lain kt dunia ni.
heyh! aku  ni dahla gila, garang, panas baran, tak hot, tak sopan, tak lawa and memacam la. hahahaha.
better pergi cari perempuan baik baik sikit :D
btw, ada jugak yang call and msj aku banyak kali, sampai aku naik fed up.
okay fine, actually aku rasa, bila single, single lama gila.
bila dah ada boypreng, ada je yang datang macam nak menggugat cinta kami. wakaka.
okayla, aku tahu daripada 7 orang tu adalah dalam 5 orang yang akan baca apa aku tulis ni.
thanks for reading ;) muahhh! :*

25.1.12

untitled

hey! ;)
lama jugak tak tatap blog ni. 
so hari ni baru ada masa.
btw, HAPPY CHINESE NEW YEAR! 
padahal dah habis dah pun, ak lambat wish. apedehe kan? haha.
taktau nak cakap pasal ape.
dear blog, buat masa sekarang ni, life aku macam biase jea.
takde ape yg best dan menarik pun.
cuma berharap akan datang satu keajaiban dalam hidup ak tahun ni. hehehe.
bye -.-

4.1.12

terbaru, update

akhirnya settle masalah aku dengan laki tu dan family aku.
pheww, bila fikir nak kahwin memang la macam best. 
pada zahirnya la kan. tapi bila dah kahwin, haa baru kau tahu acano?
haha. so fikir fikir aku rasa aku memang belum ready nak kahwin sebab diri aku belum bersedia nak jadi isteri mithali.
taknak aku jadi isteri derhaka, aku dahla garang auumm. haha.
kang hari hari laki aku kene baling pinggan mangkuk. 
lagi pun Allah dah tunjukkan aku beberapa perkara pasal laki tu.
dia jenis panas baran, memang tak boleh. kang terbalik rumah kalau aku pun panas baran gak.
lagi pun ramai membe yang halang aku kahwin. lagi pun, aku muda lagi la! 
baik enjoy dulu, belajar dulu. kan?
janganlah laki tu datang carik aku lagi, takut mak oi. 
semalam je dari pukul 12 malam sampai 8.30 pagi aku settle dengan dia.
GILA. okay kawan kawan, jangan tanya lagi pasal aku kahwin. pening aku.
hehe. emira akan stay single mingle pringle. 
bye ;)

2.1.12

twitter and friendship

memang best sangat hari ni.
kalau kau terasa dengan aku, cakap depan depan aku.
cakap dekat aku.
bukan diam je.
aku bukannya pekak.
yang membe kau pulak nak perli aku kat twitter, apehal?
aku malas nak cakap lebih. 
kang lain jadi nya.
just ucapan jutaan terima kasih untuk kau sayang.
tak payahla kau nak kawan dengan aku lagi.
kau pun ada kawan kawan kau.
next time pesan kat kawan kau, jangan bertindak bodoh macam tu lagi tau. 
friendship yang dah lama dibina jadi macam ni.
nak buat macam mana kan.
kau pun bukan kisah.
aku? aku ada kekuatan aku untuk tempuh semua ni.
at last i found the good in goodbye.


thanks for reading ((: