31.12.11

tak ku sangka tak ku duga

apa yang tengah berlaku sekarang memang di luar jangkaan aku. aku tak pernah terfikir pun semua ni akan berlaku pada masa yang terdekat ni. okay, kalau orang tahu cerita aku pun, mesti orang cakap, gila ke kau ni emira? btw, aku sendiri pun merasakan semua ni macam gila. haha. aku baru kenal dia, tak sampai sebulan pun. paling gila, baru kenal 3 hari dia ajak ak kahwin :3 seminggu kenal dia dah jumpa mak aku. dan esok pulak nak jumpa lagi, nak discuss and arrange pasal KAHWIN. homaigadd. KAHWIN? percaya tak? okay fine. semua ni macam gila kan. aku baru 19. kahwin muda. kalau cerai, jadi janda muda la aku. aku sendiri tak tahu apa yang dia nampak kat aku sampai tetibe terus nak kahwin. bila aku tanya kenapa, dia cakap kahwin jela terus sebab dah suka and duit pun dah ada, nak tunggu apa lagi. aku pun masih fikirkan semua ni, well ni bukan benda main main ookay. and aku still nak belajar lagi, so aku kena fikir masak masak. tapi, acano? banyak pihak dari saudara aku setuju aku kahwin. owmen -.- tapi kawan kawan pulak semua cakap, jangan kahwin dulu, enjoy dulu. hahaha. entahla. aku pun macam agak tak ready. sebab semua ni berlaku cepat gila. sampaikan aku jadi tak tahu nak buat apa. sampaikan aku terpaksa tinggalkan kisah cinta aku dulu sebab aku taknak teruskan hubungan yang tak tahu apa kesudahannya. haih. biarlah masa yang menentukan segalanya.

25.12.11

mintak maaf

aku mintak maaf sebab tinggalkan kau macam tu je. 
bukan niat di hati pun nak buat camtu.
tapi, mungkin ni yang terbaik untuk kite berdue.
setahun lebih kau dengan aku, tamat macam tu je.
nak buat camne.
kau teruskan lah dengan hidup kau, dan aku akan teruskan dengan hidup aku yang ade sekarang.
mungkin kau tak faham kenapa aku buat macam ni,
untuk apa pula aku nak terangkan.
biarlah aku sorang je yang tahu.
apa pun aku mintak maaf sebab selama kita kenal aku memang banyak buat kau sakit hati, marah, kecewa dan macam macam lah.
tapi kau selalu mengalah. 
aku je yang tak pernah nak hargai semua kebaikan kau.
aku dah pun lupakan kau dan semua kenangan kita.
buat ape dikenang lagi benda yang dah takde kan.
aku harap kau pun akan buat benda yang sama jugak.
anyway, semoga bahagia tanpa aku. 

thanks for reading ((: