25.7.11

shukeanyewww.




kau tak rase kea bende alah neh comel.? hahaha. comel gila kan kann. 
aku rase mcm nak jea beli sepasang.
mesti aku duk rumah takkan keluar punyalah.
tapi ape boleh buat, orang islam mane boleh bela bende alah neh. 
haihhh. 
aku sangatla berhajat nak ade sepasang sugar glider, sepasang persian cat && sepasang hamster.
buat mase neh, sepasang hamster jea yang aku mampu. hahahah.
sepasang sugar glider boleh beli blackberry wootwoot.
hahaha. sepasang persian cat pla ak rase bole beli sebijik iPad.
takde kea sesape yang baek haty nak penuhkan hajat aku neh.? hihi.
cakap banyak pon tak gune la, buat aku geram jea sbb masih tak dapat memiliki sume neh. 
dahla, BYE.!


22.7.11

sejak kebelakangan neh aku memang cepat terase. semua serba tak kena. semua orang kena marah. 
kau jadi aku baru kau tahu rasanyea. kau ta suke kea kau terase kea ape kea, itu kau punyea pasal. 
ade aku kesah.? angkat kaki lambung la. 
oke thankyou very much. 
lots of love from me. (:

18.7.11

badmood.

hari neh sgtla malang. haih bale bale. kete msuk hospital la. tah zaman bile boleh siap entah. hmm kete tu dah mcm nyawe ak da. tade kete rase mcm mati akal jea kt ruma neh. ape pon ta bole. tade nset n lppy pun ak ta heran. kete tade, errrrr. mcm ape jea. mood hari neh sgtla down down down. ak rase na marah orang, maki orang, pukul orang sume ade. banyaknyea duet melayanggg. shopping lage bagus. haihh apela naseb badan. -.-

11.7.11

lelaki. hahaha.

Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.
Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.
Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu’, buat kopi, angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu.
Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.
Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.
Cakap besar
Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.
Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.
Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.
Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.
Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.
Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.
Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.
Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat dek terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.
Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.
Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya.


hahaha macam sengal jea bende neh, tape. bace untuk suke suke jea. hikhik. :D

9.7.11

9 JULAI 2011

 err. aku tak puas hati betul lah dengan perhimpunan HARAM neh. menyusahkan orang jea tahu tak. takde otak kea nak fikir dorang neh sume. ta pasal pasal jea KL penuh dengan roadblock, pastu aku kene duk ruma jea. wth.? mcm bodoh jea semue neh. haihhh. saba jelahh. menyusahkan jea.!

4.7.11

sekali lagi

sekali lagi. semalam ak tengok sekali lagi. pasneh na tgk dua kali lagi pla la. hahahaha. cerita dy best la jugak. ak bg 4 bintang la. kelakar la cte dy. tssayang. haha. sebut tu pun pelat. ape pun thumbs up la shaheizy sam n lisa surihani. :) n double thumbs up for mia sara. comel gylea la budak neh. keletah pla tu. err kalau la ade anak cmtu, ta keluar ruma ak. HAHA. asek tgk wayang jea ak sekarang. penat weh penat. mggu depan na tgk wayang lage. :D tp kann, ta aci ah gylea dapat tgk transformers, ak ta dapat. shit la. ak na beli tiket, sume sold out. mcm ape jea. --' tape tape. nty ak tgk cetak rompak pnyea. sape suruh sold out an an. fuhh. 
7 pagi dy sudah selamat sampai rumah. alhamdullillah. :) oke thats all for now. bye.!

2.7.11


2 july 2011. saturday. hey ape neh.? the curve la. tdy ade KPOP talent kt sini. JEHAN MISKIN jdy pengacare. wuwuuu, sukenyea tgk dy. ahaha. ak tatao pon ade KPOP talent. pegy pun sbb na lepak nan membe jea. tp tp ttbe ade pulak budak tu pon dtg sini jugak, sebok jea haish haish. kteorg sempat la pegy makan di pararapappap im lovin' it.! haha. spicy chicken mcDeluxe 2 large set. :) ahaha sorry la gylea, tertinggal jacket pla. nasebla ta kene mara. ily la. haha.

1.7.11

apabila menonton movie MELAYU


ape masalah ak neh. asek asek na layan cite melayu jea. buang tebiat pla. ahh lantaklah kan. semalam kan, 30 jun 2011. :) yeah yeahh. ak suke la tarikh tu. 30 april 2011, 30 jun 2011. 30 tu mcm kene jea. haha takesa la. i ♥ u 30.! :D 

oke. berbalek pada topik asal. jgn na merewang. bile ak tgk cite melayu kan kan, mule la berimaginasi. haha lawak la. cite melayu  berunsur cinta la yea. bukan kl gangster kea ape kea. haha. bile da layan cte cmtu, ha mulela rase, err bestnyea kalau ade bf cm hero dalam cite tula. hahaha. hppy jea. cehh, biasela, name pon cerite kan. kalau asek cite sedeh spe na tgk. haha. dalam cerite sumenyea sweet jea. kenyataan dan realiti, mcm wujud lage jea laki y cmtu eh.? :3 ade tu mmg la ade, bpe kerat jelahh pon kan. so emira, stop berangan. HAHA. 

tp bg ak, cukup dan tersangat lah cukup kalau laki tu terima ak seadenyea and menyayangi ak seikhlasnyea. y boleh tahan dengan perangai ak y sgtla (adoyy) . well, nobody's perfect la. true love is not loving a perfect person but loving an imperfect person PERFECTLY. nahh, kan da keluar ayat errerr. :3 

oke, nampak ta gmba kt atas tuu. haaa. you are my only one. buat mase sekarang neh la kan, ak tade borang kosong la. sbb ak sudah la ade yg syg. hahaha. thanks la utk beliau sbb salu ade utk ak. hari hari. menyinari hidupku. BHAHAHA bangangnyea ayat ak kan. abaikan. berbalik pada topik cerita melayu yg sumenyea hppy ending tu kan, so ak harap kteorang pon akan ade hppy ending la, eh spe tana hppy ending tu mmg bengap la kott. walaupun kteorg sgtla jauh, **lebeh kurang 3 jam perjalanan jea** , tp dekat di hati sudah la cukup. kan kan.? ak akan igt segala ape yg kau ckp dan ape yg telah kite setujui semalam okayy. di bangku itu. hahaha. ILY la. damndamnmuch. 

ape pun jodoh sumenyea di tangan ALLAH. setiap pertemuan pasti akan ade perpisahan. ape pun yang berlaku, pasti ade sebabnyea kan. 

Distance never separates two hearts that really care, for our memories span the miles and in seconds we are there. But whenever I start feeling sad, because I miss you, I remind myself how lucky I am to have someone so special to miss.


**** walau raga kita terpisah jauh,
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan akuuuuu.! :)

THANKS for this. (:






topik panas nyea. -_-

topik panas nyea kan kan. okela, neh ak terbace dr blog membe kepade membe ak kepade membe ak lage dan seterusnyea. well, ak kan suke blogwalking. haha.

*************************************************************************************

Kali ini aku cuba membentuk satu definisi Dara yang menyeluruh. Definisi itu nanti mungkin kelihatan extreme kerana jika diukur berdasarkan tersebut kemungkinan besar 90% gadis sudah tiada daranya lagi.

Entri ini adalah sebagai menjawab persoalan yang dikemukakan oleh seorang rakan sewaktu kami bersembang.

"Aku harap isteri ku nanti masih dara di malam pertama", katanya.

"Mustahil kot", kata aku. 

"Pehal plak mustahil?", tanya dia.

"Kau ingat... bila malam pertama... isteri kau berdarah... itu maknanya dia masih dara?", tanya aku kembali.

"Yerlah!", jawab dia yakin.

"Salah! Itu definisi dara yang sempit", jawab aku.

**********

Kebanyakan daripada kita berpendapat yang seorang gadis masih memiliki dara adalah mereka-mereka yang masih memiliki selaput dara pada mereka. Selaput dara ini diketahui masih terjaga bila mana malam pertama si isteri berdarah. Jika tiada, maka orang ramai beranggapan gadis itu sudah tidak ada dara sebelum malam pertama lagi. 

Kemudian ada fakta tambahan yang mengatakan gadis-gadis yang aktif berkemungkinan rosak selaput daranya dan mereka ini juga dianggap masih dara kerana pecahnya selaput dara bukan kerana 'pencerobohan' seorang lelaki. Jadi pendapat awal tadi mengenai malam pertama yang berdarah bukanlah ukuran yang tepat mengenai status dara seseorang.

Jika hanya berpandukan kepada selaput dara sahaja, ia juga boleh mengelirukan kerana ada gadis yang bijak menjaganya walaupun sebenarnya mereka ini telah diterokai secara suka sama suka.

Aku pernah terdengar beberapa orang gadis yang berpendapat mereka masih seorang dara walaupun telah tidur bersama teman lelaki mereka. Mereka berpendapat aktiviti-aktiviti ringan sesama pasangan samada secara lengkap berpakaian ataupun tanpa seurat benang tidak menjejaskan dara mereka selagi selaput dara tersebut belum pecah. 

Jika tidak tidur bersama juga, aktiviti-aktiviti ringan sesama pasangan boleh berlaku. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan penerokaan tubuh seorang gadis secara kecil-kecilan ataupun meluas. Ianya pula berlaku secara suka sama suka.

Antara aktiviti-aktiviti ringan adalah bersentuhan bersama pasangan. Biasanya ia bermula dari berpegangan tangan lalu kemudian peluk pinggang ataupun bahu dan seterusnya kepada penerokaan yang meluas.

Ciuman sesama pasangan bercinta juga boleh dianggap aktiviti bersentuhan menggunakan bibir. Ada yang sekadar memberi ciuman di tangan, ada yang di dahi, ada di leher, ada sesama mulut dan seterusnya. 

Selain bersentuhan secara langsung, bersembang seks dengan pasangan samada secara bersemuka ataupun menggunakan alat perantaraan untuk menaikkan nafsu syahwat sesama mereka juga boleh dianggap sebagai satu aktiviti ringan. Ini adalah satu bentuk penerokaan secara tidak langsung yang mana mereka 'bersentuhan' secara imaginasi pula.

Jika tidak melibatkan aktiviti ringan sesama pasangan, seseorang boleh 'disentuh' juga secara imaginasi jika dia dengan sengaja mendedahkan tubuhnya melalui pakaian yang seksi. Pakaian yang terdedah itu membenarkan penerokaan tubuh seorang gadis melalui penglihatan yang merangsang imaginasi seks seseorang.

Jadi adakah selaput dara yang terjaga sahaja sesuai digunakan untuk mengukur dara seseorang? Adakah seorang gadis yang masih mempunyai selaput dara tetapi telah diterokai secara langsung ataupun tidak masih boleh dianggap dara? Tidak bukan? 

Hakikatnya, hanya selaput dara yang terjaga bukanlah penentu status dara seseorang. Walaupun selaput dara belum pecah seseorang tidak boleh dianggap dara jika ia sudah diteroka (langsung ataupun tidak langsung).

Berdasarkan penjelasan itu maka aku mendefinisikan;

Gadis adalah masih seorang dara walaupun selaput daranya sudah pecah jika ianya pecah akibat sebab-sebab yang tidak disengajakan. Mereka juga belum pernah bersentuhan (pegang, cium dsb) dengan bukan muhrimnya secara sengaja untuk tujuan memenuhi nafsu mereka ataupun pasangannya. Jika bersentuhan dengan muhrim pula ianya bukan disebabkan untuk tujuan sumbang mahram. Mereka juga tidak sengaja memperlihatkan bentuk tubuh kepada mereka yang tidak berhak melihatnya. Akhir sekali, mereka tidak bermain imaginasi dengan pasangan untuk meningkatkan nafsu syahwat sesama mereka.

Extreme bukan? 

Aku boleh katakan 90% gadis-gadis kita sudah tiada 'dara' jika mengikut definisi ini. 10% adalah gadis yang tidak pernah bercinta dan gadis yang bercinta tetapi berjaya mengelak semua ciri-ciri yang terkandung dalam definis tersebut. Namun, amat mustahil bagi pasangan bercinta mengelak walaupun hanya satu ciri tersebut yang menyebabkan aku yakin dengan anggaran 90% tadi. 

Apapun, definisi ini ada kelebihannya berbanding dengan bergantung kepada selaput dara sahaja. Kita dapat melihat, jika ia penerokaan yang tidak disengajakan maka seorang gadis masih boleh dianggap sebagai dara. Mangsa-mangsa rogol, mangsa-mangsa intipan, gadis-gadis yang aktif hingga pecah selaput dara dan sebagainya, bagi aku adalah masih seorang dara kerana mereka tidak memenuhi definisi tersebut.

**********

Disebabkan definisi ini terlalu extreme, mungkin ada orang beranggapan aku adalah seorang yang mahukan gadis suci mengikut definisi aku tadi. Seperti yang aku katakan tadi, walaupun aku membentuk definisi yang extreme ini tetapi aku bukanlah seorang yang extreme sebegitu.

Aku menyedari hakikat yang bukan mudah untuk menjumpai seseorang yang belum ada pengalaman bercinta dan kemudian tidak pernah diteroka seperti ciri-ciri yang aku jelaskan tadi. 

Dengan kesedaran itu, pada aku lebih baik menerima seseorang seadanya. Kisah lampaunya usahlah difikirkan kerana semua orang melakukan kesilapan pada masa muda. 

Perkahwinan juga bukan berkenaan seks semata-mata. Walaupun berkahwin dengan seorang yang bukan lagi dara sebuah pasangan boleh hidup bahagia. Itu terpulang kepada setiap pasangan membentuk perhubungan mereka. 

Malam pertama yang berdarah... tak penting jika ikut pendapat aku lah.

********** ooh yeaah ohh yeaah. no comment la.!

thanks for reading ((: